Selamat datang ke blog pendidikan muzik!
Disini saya ingin berkongsi pengetahuan tentang gitar bass. Seperti yang kita tahu, gitar bass terbahagi kepada dua iaitu gitar bass akustik dan gitar bass elektrik. Bass akustik selalunya dimainkan untuk muzik versi akustik sahaja manakala bass elektrik pula sering dimainkan dengan amplifier untuk memperkuatkan bunyinya.
Gitar bass adalah alat muzik yang bertali. Pada asasnya, gitar bass hanya mempunyai 4 tali. Akan tetapi, ada juga gitar bass yang mempunyai 5 tali, 6 tali, 7 tali, 12 tali dan sebagainya. Selalunya gitar bass yang mempunyai 4 tali ini dimainkan oleh pemain gitar bass yang amatur dan gitar bass yang memiliki lebih dari 4 tali pula dimainkan oleh pemain gitar bass yang agak profesional.
Disini saya ada sertakan rajah yang menerangkan bahagian-bahagian yang terdapat pada gita bass.
Asas penalaan gitar bass adalah E A D G. Dalam penulisan tablature. gitar bass hanya menggunakan 4 garis yang mewakili tali-tali pada gitar bass tersebut. Gitar bass sangat berkait rapat dengan drum. Kebiasaanya gitar bass akan dimainkan mengikut pola irama drum. Sekarang saya ingin menerangkan tentang cara-cara gitar bass dimainkan. Ada beberapa cara iaitu :
1. Alternate Picking
Kebiasaannya, pemain gitar bass akan menggunakan cara ini untuk bermain. Alternate picking sebenarnya adalah teknik dasar dalam bermain bass. Caranya: memetik bass dengan menggunakan dua jari secara bergantian. Selalunya mereka akan menggunakan jari telunjuk dan jari hantu.
3. Slapping
Teknik menampar tali bass. Caranya ialah dengan memukul tali bass dengan menggunakan ibu jari dengan tujuan untuk menghasilkan bunyi.
4. Popping
Teknik Popping adalah menarik tali dengan jari lalu dilepas sehingga menghasilkan bunyi yang nyaring. Biasanya pemain gitar bass menggabungkan teknik slapping dan popping sehingga menghasilkan kombinasi bunyi yang unik. Ada juga teknik popping dengan menarik dua tali sekaligus yang disebut double pluck.
5. Tapping
Tapping biasa digunakan pada gitar, namun pada bass juga boleh digunakan teknik ini. Caranya ialah tekan tali dengan hujung jari ke fret gitar bass.

No comments:
Post a Comment